
Seminar ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa had umur. Ibubapa atau penjaga amat digalakkan untuk turut serta menjadi peserta seminar. Baca Lagi

PERCUMA slot ibubapa atau penjaga. Slot ini bertujuan untuk berkongsi kaedah yang digunakan dalam membantu anak-anak menguasai formula matematik. Baca Lagi

Dapatkan buku bijak formula matematik untuk semua peringkat sekolah menengah.Baca Lagi

Program ini disasarkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar mengikut kelas, bukan kelas, sekolah dan organisasi. Baca Lagi
Formula dalam matematik adalah cara ringkas untuk menyatakan penerangan secara bersimbol atau perhubungan umum di antara perjumlahan. Sepatutnya, formula membantu pelajar untuk memudahkan menjawab sebarang persoalan matematik, bukannya membantut perkembangan pelajar dalam matematik. Malangnya, apa yang berlaku kepada pelajar kita dulu dan kini ialah sebaliknya.
Kepada ibu bapa dan para pendidik, cuba kita imbas kembali zaman kita belajar matematik. Kita perlu menghafal formula sebagai persediaan menjawab peperiksaan matematik. Jika kita tidak dapat menjawab dengan baik, antara alasan yang biasa kita berikan ialah; LUPA FORMULA laa... :( !!!
Tapi, anak-anak kita sekarang tidak lagi boleh memberikan alasan itu. Hal ini kerana, pihak kementerian pelajaran atas dasar kesedaran yang mendalam tentang nilai sebenar matematik, iaitu bukan untuk mengingat atau sekadar pengiraan semata-mata tetapi lebih dari itu. Iaitu membentuk proses berfikir. Lantaran itulah, anak-anak telah dibekalkan senarai formula dalam set soalan peperiksaan. Tidak lagi perlu menghafal seperti zaman kita dahulu. Tetapi, kenapa anak-anak kita tidak dapat juga menjawab dengan baik? Tiada jawapan lain; anak-anak kita tidak dapat menjawab dengan baik kerana tidak mengenali formula yang ada dengan baik, tidak faham dan tidak tahu kenapa simbol itu wujud dan fungsinya.
Lantaran itulah, satu kajian mendalam telah dijalankan oleh En. Abdul Halim bin Amat@Kamaruddin (Pensyarah Kanan Fakulti Matematik - IPTA). Sekarang, dengan bantuan Qulhaq Consultancy, hasil kajian itu akan dikongsikan dengan masyarakat umum supaya ianya dapat dimanfaatkan.